Sunday, October 26, 2008

jahat beradab

senyap senyap bkn bererti diam
mulut terkunci rapat
mata tertutup
hati berkata
alangkah bangga berada dalam dunia dusta
penuh penipuan
keji,caci maki hina!!!!


lumrah dunia....
membelit dan memutarkan
dikatakan penipu tetapi berilmu
tetapi bagaimana jadi begitu?
ada sekali pernah kukhabarkan
tapi tidak kau dengari
pernah ku suarakan tetapi kau menghindari
mangapa sekarang diam seribu bahasa?
mestikah kau buta dengan apa yang ada?


keras dan kesat
tiada peluang bersuara
terkubur demokrasi
oleh ideokrasi2
terkebumi media
oleh tangan2 kotor dan merosakkan..
korporat??
apa yang ada?
metroseksual?
pondan homoseksual kah?



DIAM!!!!!!


kadang2 biar berdiam dari berkata
atau memutarkan kata
bukan belasungkawa kata
atau bermadah pujangga
itu jahat beradab namanya....

setajam kata

Jumaat, Julai 18, 2008 5.24p.m
setajam kata

dalam kamar ini kami bertiga:
aku pisau, dan kata
kata orang mata lidah lebih tajam dari mata pisau
menusuk jauh di lubuk minda;menembusi hingga ke ulu hati
ada orang hanya pandai berkata2
walaupon bahasanya sumbang menodai jiwa
tak terkata dengan kata-kata.....
terpaku kami melihat aliran masa dunia
begitu sempit dengan ego,berpura2 kenal diri;kononnya mencari makna
Diktator dijatuhkan,penipu diketemukan dengan tipuannya,
dan kau yang mengaku benar juga akan tenggelam,
dalam kesesatan dunia pembangunan...
aliran sumbang menodai dunia,daging2,pesta2 liar berselerakan
bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan
menutup fikiran,menggelapkan hati yg kegersangan
hilang cari mana menteri,mana demokrasi?
semua hadir pada tempatnya,semua berlalu pada waktunya..

globalisasi=nasi basi
korporat=paku berkarat
politik=kotor
wartawan=pondan homoseksual
demokrasi=demo kerasi
media=porak-poranda

Dan kau diktator gila kuasa pada tempat dan akal sempit,
perancang di belakang pintu,
pemisah golongan
untuk perhambaan
mesti berdepan dengan kami,
kerana sejarah itu simpang-siur susur galurnya
kita ciptakannya bersama,satu persatu.....


kalian tahu, pisau barulah pisau kalau ada darah di matanya
tak peduli darahku atau darah kata....

berita buat teman

selasa Julai 22,2008 3.14pm

hidup putaran roda..
ligat berputar..
bila senang diatas,tiba-tiba terjatuh ke bawah
menyembah bumi
senang-senang lupa daratan,hilang kawalan
terbang melayang jauh ke sempadan
susah-susah baru teringat,dimana silapnya
apa keperluannya..
lumrah manusia....
berani berbuat berani bertanggungjawab
tiada yang sempurna jasad batinnya..
lari tiada guna merana juga akhirnya...


jalan oh jalan...
dimana ada jalan disitulah roda ligat berputar....