Wednesday, September 24, 2008

selepas berjam-jam

sekiranya daun pintu ditutup
malam akan bersemi selamanya
tinggalkan sinar mentari sejauh-jauhnya
katakan hello!!!
selamat malam

semua orang sibuk berbual dan bergembira
tetapi bila pintu ditutup
bergelora satu perasaan yang tak terjangka
tiada lagi kelibat mentari pagi
yang telah mewarnakan berjuta kanvas dinihari

tetapi bila pintu itu ditutup
malam akan bersemi selamanya
meninggalkan gelas kaca
yang merona merah di atas meja
mengingatkan pada si dia yang telah tiada

suatu hari itu pasti tiba
bila seseorang itu melihat mata mu sedalam-dalamnya
dan berkata hello!!
dikaulah yang paling teristimewa
tetapi bila daun pintu ditutup;
lihat...lihat
ke dalam hati..
namun apa lagi yang terdaya?

malam pesta muda-mudi dan kilauan dutsun bahulu
dan deretan manusia di lorong kereta api
kelihatan kelabu di dalam hujan
tatkala berdiri statik melambai-lambai
kelihatan begitu indah manusia dalam kegelapan!!!

apabila malam bersemi selamanya...
kembalikan sejuta kenang ingatan pada malam..

in memory of nico of the velvet underground